Sunday, September 23, 2012

Penggunaan handphone ketika memandu. Apa kata anda?

Kerajaan telah lama menguatkuasakan pengharaman menggunakan handphone ketika memandu. Namun sejauh manakah penguatkuasaannya berkesan. Apa tindakan pengguna dan pihak penguatkuasaan? Ada yang setuju, ada yang mengeluh. Namun apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana ketegasan para penguatkuasa bilamana melihat ada pemandu yang menggunakan handphone ketika memandu. Kekadang mereka terlampau tegas dan kekadang buat tak endah mungkin disebabkan kepenatan oleh tugasan yang bertimbun...agaknyalah.
 
 
Hari Khamis 20 Sep 2012 jam 2:15 petang ketika dalam perjalan pulang dari kompleks kerajaan Parcel B, sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar ke warna merah, aku terserempak dengan sebuah kenderaan milik POLIS...ya POLIS...ataupun pihak penguatkuasa undang-undang. Lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh beliau? Memandu sambil menggunakan handphone! Namun aku berprasangka baik...mungkin beliau terpaksa menjawab panggilan kecemasan atau panggilan penting daripada bos beliau ataupun menerima arahan yang penting dan tidak dapat dielakkan walaupun semasa memandu.



Mungkin perlakuanku untuk mengambil gambar beliau telah disedari maka beliau terus memecut kereta dengan laju sebaik sahaja lampu bertukar ke hijau! Aku hanya tersenyum lebar. Hmmm...pepatah apa yang sesuai dalam situasi sebegini? Oh ya....BAGAIKAN KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS. Hahaha...dunia,dunia.......

No comments:

Post a Comment